H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

23 November, 2007

KENALI FENG SHUI

Filed under: Tip — jmylia @ 9:20 am

71.gifFeng Shui Pintu Utama           

 Pintu masuk utama rumah anda adalah pintu utama tenaga chi positif masuk ke rumah anda. Jadi perbaiki dan hiaskan pintu masuk rumah anda. Pintu utama rumah anda biar nampak menarik dan mudah digunakan. Pokok-pokok sekitar pintu masuk utama biarkan kemas, teratur dan dijaga rapi. Buang daun-daun kering dan layu.  

Feng Shui Kawasan Gelap          

  Tenaga chi boleh bergerak lancer, terlalu cepat atau tidak bergerak. Kawasan gelap menyimpan tenaga negative dan tidak aktif. Cara paling mudah untuk menceriakan kawasan ini ialah dengan menambah lampu yang lebih terang. 

Feng Shui Bilik Tidur           

 Kedudukan katil didalam bilik tidur yang betul adalah sangat penting kerana anda menghabiskan masa di bilik tidur untuk berehat dan tidur. Bagaimana tenaga chi masuk dari pintu bilik tidur anda dan bergerak menghala katil tidur anda akan menentukan kesihatan anda dan keakraban anda dengan pasangan. Cara susunan katil yang paling baik ialah ketika anda boleh nampak siapa yang datang masuk ke bilik tidur anda. Kaki anda dan badan anda jangan menghadap terus pintu masuk. Pastikan kaki anda menghadap ke dinding. 

Feng Shui Bilik Mandi           

 Tenaga mengalir keluar melalui saluran paip di bilik mandi. Cara mengelakkannya ialah dengan memasang cermin di atas saluran paip itu. Pastikan anda juga menutup pintu bilik mandi dan pintu mangkuk tandas setiap masa supaya ia tidak menarik keluar tenaga dari rumah anda. Selain itu, elakkan diri dari meletakkan katil bersebelahan dinding bilik mandi kerana ia boleh menarik keluar tenaga anda ketika anda sedang tidur. Jika ada kebocoran paip, perbaiki paip bocor itu dengan segera. 

Feng Shui Lampu Dan Cermin

            Gunakan lampu untuk mencerahkan kawasan gelap dan membawa masuk tenaga chi positif. Pastikan tingkap anda bersih untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke rumah anda. Gantung lampu kristal di ruang makan untuk mengumpulkan tenaga di satu tempat. Cermin bulat atau lonjong berupaya menukar arah tenaga chi ke tempat zon bagua yang hilang atau dipotong kerana bentuk asal pelan rumah itu memang sebegitu. Ia memberi ilusi yang hilang itu. Jika sebaik sahaja anda membuka pintu, anda nampak dinding, maka digantungkan cermin di dinding itu untuk memperbaiki perjalanan tenaga chi. Cara menggantungkan cermin juga penting. Kedudukan cermin itu mestilah boleh nampak keseluruhan muka orang.

DAY

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: