H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

7 October, 2007

Penampilan Sentiasa Terjaga

Filed under: kecantikkan — jmylia @ 1:20 pm

Wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dan menarik biar berada di rumah sekalipun, seboleh mungkin mereka ingin memastikan penampilan sentiasa terjaga terutama bagi yang sudah berkahwin.Segala usaha dilakukkan termasuklah kaedah tradisional sehingga ke teknologi moden sama ada di lakukan sendiri di rumah mahupun di SPA atau salun ……. Percaya atau tidak, rawatan yang di lakukan dari dalaman diri akan membuatkan lebih cantik secara semula jadi.Ia bukan sekadar solekan semata-mata.Nak tahu rahsianya, just check it out!!!!

* NUTRISI UNTUK DALAMAN *

Kuatkan kulit, rambut dan kuku anda dengan mengambil makanan bernutrisi seperti protein, vitamin dan mineral seperti vitamin E serta asid folik, kalsium, zat besi dan sebagainya..

* MENGAMBIL MAKAN SIHAT SEBELUM BERSENAM *

Mangambil makanan yang sihat seperti buah-buahan segar kira-kira satu jam sebelum berolahraga.Ini akan membuatkan anda tetap bertenaga ketika berolahraga.malah ia dengan sendirinya akan membantu membakar kalori yang berlebihan serta menurunkan berat badan.

* LEMAK YANG BERSAHABAT *

Mengambil makanan berlemak baik bagi mendapatkan kulit yang bersinar serta dapat membuatkan sistem kebal.Antar jenis lemak yang baik dan sihat dapat di peroleh dari makananseperti ikan, kacang avokado serta minyak zaitun.Lemak-lemak ini penting untuk kesihatan kulit serta serat yang boleh meningkatkan kekebalan serta mencegah peradangan.

* SAYUR DAN BUAH PEMBANTU TERBAIK *

Free radical yang menyebabkan kerosakkan sel serta lapisan dapat mengatasi masalah penyakit seperti kanser serta penyebab utama proses penuaan cepat berlaku.Antioksida termasuk vitamin A,C dan E yang terdapat di dalam buah-buahan serta sayuran dapat membantu mencegah kerosakkan sel tersebut.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: