H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

26 June, 2007

Jalan Naik Pangkat

Filed under: Tip — jmylia @ 4:27 pm

happySERLAHKAN DIRI ANDA

Penampilan yang menarik adalah langkah pertama untuk menonjolkan diri anda sebagai wanita berkerjaya. Lengkapkan diri anda sebaik mungkin agar pesonaliti anda lebih berkeyakinan dan mempu berdaya saing. 

Bersuara apabila menghadiri mesyuarat, pastikan anda ‘bersuara’ iaitu turut serta di dalam perbincangan yang dibentangkan bukan sekadar duduk mendengar sahaja. Buat kerja rumah supaya anda dapat mengumpulkan segala fakta yang diperlukan.

 Sekiranya anda dikehendaki membentangkan kertas kerja., berlatihlah terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang perlu diucapkan kelak dan cekap menjawab segala pertanyaan yang dilontarkan.

Disiplin amat penting, tiba mesti tepat pada waktunya, jangan lambat walupun seminit. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat tiba awal 15 minit sebelum mesyuarat bermula.          

 Jangan sekali-kali memberi idea untuk orang membuat tanggapan dengan penggunaan ayat yang kurang menyakinkan seperti:          ** “Saya tidak pasti sama ada ia boleh berjaya atau tidak tetapi…..”  ** “ Berkemungkinan ia tidak benar tetapi….”         

 Mesti ada keyakinan apabila bersuara. Ayat mesti “power” supaya dapat mempengaruhi pemikiran mereka yang hadir di mesyuarat berkenaan.         

Di akhir perbincangan ambil kesempatan untuk merumuskan kesimpulan mesyuarat tersebut dan suarakan pendapat anda. Jika anda tidak berpeluang melakukannya, e-melkan kepada bos anda. Tunjukkan kepada beliau inisiatif dan komitmen anda walaupun mesyuarat telah pun berakhir. 

Pastikan anda dikenali. Berinteraksi dengan orang di sekeliling anda tanpa mengira umur atau pangkat. Jangan hadkan pergaulan anda berdasarkan kepada sesuatu perkara atau projek yang dipertanggungjawabkan kepada anda untuk menerajuinya. Seorang pengurus pemasaran di sebuah syarikat perumahan menceritakan, “saya perhatikan ada seorang pekerja wanita di bahagian pemasaran selalu menyapa rakan sekerja dan pengurus di situ walau sesibuk mana pun.

Dia patutu diberikan ganjaran. Mengapa tidak? Dia mempunyai ramai pengikut yang sentiasa menyokongnya dan bersedia berada di belakangnya walaupun di dalam waktu yang terdesak dan melibatkan kerja-kerja yang urgent”. 

Dipeti dari Majalah EH! Mei ‘06

bear

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: