H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

12 June, 2007

ADAKAH ANDA SUKAR MEMILIH CALON

Filed under: Tip — jmylia @ 4:56 pm

ADA BEBERAPA PERKARA YANG PERLU ANDA PERHATIKAN AGAR ANDA DAPAT MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT. ANDA HARUS EKSTRA HATI-HATI. KALAU TIDAK, BOLEH JADI APA YANG DIHARAPKAN TIDAK MENJADI DAN AKHIRNYA ANDA AKAN GIGIT JARI……..

  Anda perlukan sebuah buku catatan. Tujuannya untuk emncatat setiap pertemuan anda dengan pasangan. Jangan hanya percaya pada ingatan semata-mata. Agar semuanya boleh diteliti dan dikaji, catatkan semua rencana dan janji ketika mengandakan pertemuan dengan si A, B atau C dan yang lain-lain 

Tepati janji. Jika anda membuat temu janji untuk keluar makan malam bersama si A, maka janji itu harus ditepati. Sekiranya anda mahu membatalkan temu janji tersebut, lakukan awal-awal bukan di saat-saat akhir dan berikan alas an yang jelas. Jika kemudian si B mengajak anda menonton wayang pada waktu yang sama, sebaiknya ditolak secara halus dengan alasan jelas. Anda harus berlaku adil di sini.

 Mengasingkan masalah. Sekiranya anda sedang mempunyai masalah dengan si A, jangan sampai terbawa-bawa ketika anda bertemu dengan si B. anda harus dapat mengasingkan masalah, jika anda mencampuradukkan tidak mustahil akan menambah masalah.

 Bersikap santun. Menjaga sikap baik sangat penting. Kalau anda ingin diperlakukan dengan santun, anda juga harus bersikap demukian. Perkara ini berlaku pada siapa saja, bila dan dimana pun. Bersikap santun juga dapat menunjang hubungan berkekalan dan bermanfaat sekiranya anda mahu mengakhiri hubungan. 

Jangan terburu-buru. Jika memang tujuan anda mempunyai ramai teman istimewa adalah untuk mencari calon yang sesuai untuk anda, maka ada baiknya di setiap acara temu janji, anda gunakan peluang itu untuk mengenali pasangan masing-masing. Jangan cepat melibatkan emosi dan hubungan fizikal, kecuali anda benar-benar bersedia menanggung risikonya. 

Anda harus menjaga penampilan. Penampilan boleh menutupi masalah, maka jangan ambil mudah perkara ini. Usahakan agar anda selalu terlihat fit di depan si A, B mahupun si C. Jangan sekali-kali mengeluh penat, kerana boleh mengundang berbagai pertanyaan. Tentu saja jika banyak temu janji, banyak pula risikonya. 

Jangan mengoceh. Selagi hubungan anda tidak melibatkan hubungan fizikal serta emosi, sebaiknya tidak perlu memberitahu si dia bahawa anda sedang mencari pasangan hidup. Jangan pula mudah menanam janji, kerana ada kemungkinan anda akan temui         

Pertama, boleh jadi salah seorang teman istimewa anda menggangap serius hubungan ini, hinggakan dia merasa yang paling sesuai dan diingini anda. Jika begitu, biasanya dia minta hubungan yang lebih serius.         

  Kedua, boleh jadi anda ditinggalkan kerana ternyata dia juga memiliki tujuan yang sama dengan anda.   

Dipetik dari Majalah Wanita April ‘06

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: