H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

7 June, 2007

KEPENTINGAN BULAN MADU PADA WANITA

Filed under: Tip — jmylia @ 2:27 am

  CIPTA BULAN MADU DI RUMAH 

SUASANA BULAN MADU BOLEH DINIKMATI DI MANA SAHAJA. HATTA DI DALAM RUMAH SEKALIPUN. CUMA ANDA PERLU BIJAK MENCIPTA MOOD BULAN MADU AGAR DAPAT TERUS MENIKMATI SUASANA ROMANTIS BERSAMA PELANGGAN. LAKUKAN LANGKAH-LANGKAH BERIKUT, IA BEGITU PRAKTIKAL DAN MUDAH DILAKUKAN OLEH ANDA DAN MUDAH DILAKUKAN OLEH ANDA DAN PASANGAN BAGI MENYEMARAKKAN BAGI CINTA YANG BERSEMI. 

1) BERSIHKAN RUMAH     Mulakan dengan  membersihkan kediaman anda. Kemaskanya sehingga nampak berbeza daripada sebelumnya. Ubahlah susun atur perabot di ruang tamu dan ruang makan. Ciptakan suasana romantis di kamar tidur dengan cahaya lilin dan aromaterapi yang mengasyikkan.

2) BELI BUNGA SEGAR     Bunga symbol romantisme. Untuk mencipta suasana romantis di dalam rumah, belilah beberapa tangkai bunga yang harum mewangi untuk diletakkan di ruang makan., ruang tamu dan kamar tidur. Seseorang wanita berasa begitu senang jika insane tersayang menghadiahkan mereka setangkai atau sejambak bunga segar sebagai lambing cinta.      

   3) MENYEDIAKAN MENU ISTIMEWA     Jangan lupa untuk menyediakan makanan yang istimewa kegemaranya. Makanlah berdua dengan hanya bertemakan cahaya lilin penuh romantis. Lengkapkan lagi candle light dinner anda dengan menata meja seumpama di hotel. 

4) MAINKAN LAGU ROMANTIS     Pasangkan cakera padat lagu-lagu romantic untuk mengiringi makan malam anda. Tidak bermakna malam yang dilalui sekiranya tanpa alunan muzik romantis untuk menghangatkan suasana. 

5) TULIS NOTA CINTA     Hantarnota-nota cinta kepada pasangan melalui telefon bimbit. Nyatakan keinginan dan kerinduan padanya. Ia permulaan perasaan romantis buat anda dan dirinya. 

6) MATIKAN TELEFON     Kala menikmati suasana romantic bersama pasangan, matikan telefon bimbit dan juga telefon rumah anda. Jadikan malam tersebut hanya milik kalian berdua tanpa sebarang gangguan daripada orang luar.

 7) KENAKAN PAKAIAN SESUAI SUASANA     Jangan remehkan pakaian untuk mencipta suasana bulan madu di rumah. Apatah lagi selepas menikmati suasana itu anda ingin meneruskannya kepada hubungan yang lebih romantis. Justeru pemilihan pakaian amat penting. Sarunglah pakaian seksi kesukaanya ke tubuh untuk membuatnya terus tertawan.  

Dipetik dari Majalah Harmoni

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: