H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

7 June, 2007

10 cara menguruskan untuk cermerlang

Filed under: Tip — jmylia @ 3:52 am

Tetapkan Standard Yang Tinggi

            Pilih pasukan yang benar-benar berkeupayaan dan yang berkaliber. Latihlah mereka dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Anda tidak boleh berkonpromi dalam bidang latihan dan pendidikan. Pastikan setiap orang mempunyai pembahagian tugasan yang jelas dan cukup. Ramai orang lemah semangat bukan kerana terlalu banyak kerja tetapi kerana tidak ada kerja. Jangan selalu biarkan mereka berasa selesa dan malas; sentiasalah berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi anda.  

Berikan Arahan Yang Jelas       

     Arahan kepada diri sendiri dan rakan-rakan di sekeliling. Mesti pastikan apa yang hendak dicapai termasuk sasaran, jangka masa dan standard yang diperlukan. Tetapkan priority dan buat yang lebih utama dahulu. Jangan cuba hendak buat banyak pekara dalam satu masa. 

Membuat Keputusan Yang Bijak Setiap Masa.         

   Setiap masa anda akan perlu membuat keputusan. Belajarlah bagaimana untuk mengendalikan otak agar ia dapat melahirkan keputusan dan idea yang bijak. Jangan tergopoh-gapah. Bertenang, tarik nafas dan gunakan otak anda. Walaupun bunyinya ringkas sahaja tetapi beberapa ramai orang yang tidak tahu melakunya. Cubalah! 

Kekalkan Penguasaan Dan Kawalan           

Pastikan anda tahu apa yang berlaku di sekeliling. Sentiasa mengemas kini meklumat berkaitan dengan perkara-perkara yang penting. Tetapkan sistem pelaporan yang ringkas tetapi menyeluruh. Anda boleh membuat mesyuarat atau mengarahkan orang lain menghantar laporan kepada anda. Yang penting, janagan biarkan diri anda termangu-mangu. 

Beritahu Mereka Apa Yang Anda Lakukan.           

Jika anda seorang ketua, anda menjadi tumpuan dan focus orang lain. Mereka rasa seolah-olah anda adalah ‘milik’ mereka. Berkongsilah dengan mereka apa yang anda sedang lakukan dan nyatakan pula alas an anda bertindak sedemikian. Dengan itu, mereka akan lebih berpuas hati memiliki seorang ketua seperti anda

Hadapi Permasaalahan, Bukan Lari..           

Ada orang yang tidak mahu berhadapan dengan krisis dan konflik. Mereka terus menjadi pelarianan dan hidup dalam ketakutan. Anda perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam bekerja. Berterus terang dengan pekerja dan ketua anda jika berlaku krisis dan carilah jalan penyelesaian sebelum ia menjadi lebih meruncing. 

Iktiraf Pencapaian          

  Setiap kali orang lain menyelesaikan tugasan mereka, berilah pandangan susulan mereka, berilah pandangan susulan anda. Kenal pasti hasil-hasil yang baik dan berikanlah pujian dengan penuh keikhlasan. Sebut dengan jelas perkara yang anda berpuas hati. Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih atas usaha dan kesungguhan mereka. Apa yang penting anda tidak berpura-pura dan jangan pula terlebih melampau dalam membuat penilaian.    

 Memberi Dorongan Dan Motivasi        

    Sebelum orang lain perlu motivasi, andalah orang yang pertama memerlukannya. Binalah karisma dan keyakinan diri supaya anda dapat menjadi pendorong orang lain dalam mencapai matlamat bersama. Walaupun motivasi ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ‘kuasanya’ sangat besar dan berguna untuk kejayaan. 

Disiplin Dan Dedikasi      

      Tiada apa-apa yang lebih penting jika ingin berjaya melainkan dua perkara ini. Tingkatkan kedua-duanya dalam diri anda dan rakan-rakan sekeliling. Jika ia mudah, sudah pasti anda semua orang yang boleh berjaya. 

Sediakan Perancangan Alternatif     

       Hari tidak selalu cerah, air tidak selalu tenang. Sering kali boleh menggagalkan rancangan anda. Oleh itu, kenal pasti satu tahap bila rancangan anda akan dianggap sebagai ‘gagal’ dan beralih kepada perancangan alternative. Jangan biarkan anda dan orang lain terus ‘mengayuh basikal tidak berantai’ dan menghabiskan komitmen secara sia-sia.         Dipetik dari Majalah Wanita Mei 06’

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: