H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

4 June, 2007

6 SEBAB MENGAPA ANDA TIDAK CERGAS

Filed under: Tip — jmylia @ 6:57 am

1) TIDAK TAHAN LAPAR

Anda bergitu takut apabila dikatakan gemuk. Rasa lapar sering disudahi dengan mencari makanan. Padahal, anda tidak perlu sentiasa menghilangkan rasa lapar dengan makanan. Kebiasaan ini akan membuatkan perut anda tidak mempunyai pola makanan yang teratur. Rasa lapar yang tidak menentu membuatkan anda tidak mengawal tabiat pemakanan.

Sebaiknya tentukan waktu makan yang tetap. Contohnya, sarapan setiap jam 7 hingga 8 pagi, makan tengahari antara jam 12 hingga 1 tengah hari dan makan malam jam 6 hingga 7 malam. Jadi abaikan saja perut yang terasa lapar dan bunyi perut selagi belum tiba waktu makan yang sepatutnya.

2) MENCARI JARAK TERDEKAT

Bila anda memandu kereta sendiri, anda pasti ingin mencari tempat letak kereta yang paling hampir dengan pintu masuk, kerana tidak perlu berjalan jauh. Keadaan yang sama juga berlaku apabila anda menumpang kereta orang lain, pastinya jalan paling dekat yang dipilih. Kebiasaan ini membuatkan senaman jalan kaki anda semakin berkurangan. Sepatutnya dalam sehari seeloknya anda perlu berjalan kaki selama 15 hingga 30 minit.

3) ABAIKAN RASA NYILU

Anda mungkin pernah mengalami rasa nyilu di sendi-sendi badan, perut ataupun bahagian tubuh yang lain. Mungkin ianya datang hanya sesekali, namun tahukah anda bahawa ubuh mempunyai sistem keselamatan yang hebat. Rasa nyilu, atau apa-apa tanda-tanda sakit perlu diberi perhatian segera. Bila anda mengalami rasa nyilu lebih daripada tiga kali dalam masa sebulan, maka sudah tiba masanya anda perlu berjumpa doctor.

4) DUDUK BERSILANG KAKI

Inilah duduk yang paling digemari, menumpangkan satu kaki ke kaki yang lain. Bila anda terbiasa duduk bersilang kaki maka salah satu kaki akan bekerja keras. Aliran darah agak terganggu. Mulai sekarang anda perlu biasakan diri duduk dengan rapat dan rapi. Selain nampak lebih sopan juga baik untuk kesihatan kaki.

5) KETAWA

Ketawa adalah salah satu terapi yang membuatkan anda lebih positif menjalani kehidupan. Orang dewasa biasanya akan ketawa sebanyak lima hingga sebelas kali dalam sehari. Jadi, mulai sekarang ketawalah sepuasnya. Tawa anda akan menghilangkan tekanan.

6) MENGURANGKAN PENGAMBILAN KAFIEN

Bagi penggemar kopi, tak lengkap kehidupan harian andai tidak menikmati secawan kopi. Namun kafien tidak bahaya andai diambil dalam jumlah yang sedikit. Bagaimanapun ianya akan menyebabkan ketagihan. Pernahkah anda merasa tidak sedap badantanpa sebab? Jika pernah tampa disedari anda sebenarnya sudah ketagihkafien. Mulai sekarang cubalah kurangkan sedikit demi sedikit pegambilan kafien dalam minuman anda.

Dipetik dari Majalah Feminin & Famili.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: