


Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makn bersama di rumah mereka.Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah.Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya : “Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?”Alangkah sedihnya hati si isteri apabilan mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab:“Tidak usah!Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!”
Dengan kuasa Allah, pada suatu hari ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.
Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian.Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.Maka wanita itu berkata kepada suaminya:“Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?”
Suaminya menjawab:“Berilah makan kepada pengemis itu.” Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis.Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya:“Mengapa engkau menangis?Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?”
Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis:“Wahai suamiku.Saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu?Dia adalah suamiku yang pertama dahulu.”
Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya:“Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini,saya adalah pengemis yang dulu diusirnya….!!”
Begitulah kisahnya, saudara-saudarku,maka berilah sesuatu itu kepada yang haqnya.Usahlah suka menghina dan mencaci sesame kita, terutama yang kurang bernasib baik.Allah itu MAHA KUASA.
Pintu masuk utama rumah anda adalah pintu utama tenaga chi positif masuk ke rumah anda. Jadi perbaiki dan hiaskan pintu masuk rumah anda. Pintu utama rumah anda biar nampak menarik dan mudah digunakan. Pokok-pokok sekitar pintu masuk utama biarkan kemas, teratur dan dijaga rapi. Buang daun-daun kering dan layu.
Feng Shui Kawasan Gelap
Tenaga chi boleh bergerak lancer, terlalu cepat atau tidak bergerak. Kawasan gelap menyimpan tenaga negative dan tidak aktif. Cara paling mudah untuk menceriakan kawasan ini ialah dengan menambah lampu yang lebih terang.
Feng Shui Bilik Tidur
Kedudukan katil didalam bilik tidur yang betul adalah sangat penting kerana anda menghabiskan masa di bilik tidur untuk berehat dan tidur. Bagaimana tenaga chi masuk dari pintu bilik tidur anda dan bergerak menghala katil tidur anda akan menentukan kesihatan anda dan keakraban anda dengan pasangan. Cara susunan katil yang paling baik ialah ketika anda boleh nampak siapa yang datang masuk ke bilik tidur anda. Kaki anda dan badan anda jangan menghadap terus pintu masuk. Pastikan kaki anda menghadap ke dinding.
Feng Shui Bilik Mandi
Tenaga mengalir keluar melalui saluran paip di bilik mandi. Cara mengelakkannya ialah dengan memasang cermin di atas saluran paip itu. Pastikan anda juga menutup pintu bilik mandi dan pintu mangkuk tandas setiap masa supaya ia tidak menarik keluar tenaga dari rumah anda. Selain itu, elakkan diri dari meletakkan katil bersebelahan dinding bilik mandi kerana ia boleh menarik keluar tenaga anda ketika anda sedang tidur. Jika ada kebocoran paip, perbaiki paip bocor itu dengan segera.
Feng Shui Lampu Dan Cermin
Gunakan lampu untuk mencerahkan kawasan gelap dan membawa masuk tenaga chi positif. Pastikan tingkap anda bersih untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke rumah anda. Gantung lampu kristal di ruang makan untuk mengumpulkan tenaga di satu tempat. Cermin bulat atau lonjong berupaya menukar arah tenaga chi ke tempat zon bagua yang hilang atau dipotong kerana bentuk asal pelan rumah itu memang sebegitu. Ia memberi ilusi yang hilang itu. Jika sebaik sahaja anda membuka pintu, anda nampak dinding, maka digantungkan cermin di dinding itu untuk memperbaiki perjalanan tenaga chi. Cara menggantungkan cermin juga penting. Kedudukan cermin itu mestilah boleh nampak keseluruhan muka orang.
1. TUNJUKKAN rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan..
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah..
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri.Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukankesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.
5. Jangalah memuji wanita lain di depan mahupun belakang isteri.
6. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukkan sesuatu agar isteri bertambah semangat dan bermotivasi.
11. Bantulah isteri dalm melakukan kebaikan dan ibadah.
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada ALLAH dan hormat pada
suaminya.
SEBAIKNYA SEBELUM TERLANJUR BERKAHWIN SETIAP WANITA MENELITI PELBAGAI ASPEK DIRI LELAKI YANG DIPUTUSKAN UNTUK MENJADI TEMAN HIDUPNYA. BAIK DARIPADA SIFAT, TINGKAH LAKU DAN JUGA KEBIASAAN DIRINYA. ANDA TIDAK TAHU MUNGKIN ADA CIRI PADA LELAKI PILIHAN ANDA INI YANG SANGAT BERTENTANGAN DENGAN DIRIA ANDA. WALAUPUN HANYA PERKARA KECIL NAMUN MUNGKIN MEMBERI KESAN SESUDAH ANDA MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN. PERHATIKAN BEBERAPA KRITERIA BERIKUT PADA TEMAN LELAKI ANDA SBELUM ANDA MEMUTUSKAN UNTUK NAIK KE JINJING PELMAIN BERSAMANYA.
Wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dan menarik biar berada di rumah sekalipun, seboleh mungkin mereka ingin memastikan penampilan sentiasa terjaga terutama bagi yang sudah berkahwin.Segala usaha dilakukkan termasuklah kaedah tradisional sehingga ke teknologi moden sama ada di lakukan sendiri di rumah mahupun di SPA atau salun ……. Percaya atau tidak, rawatan yang di lakukan dari dalaman diri akan membuatkan lebih cantik secara semula jadi.Ia bukan sekadar solekan semata-mata.Nak tahu rahsianya, just check it out!!!!
* NUTRISI UNTUK DALAMAN *
Kuatkan kulit, rambut dan kuku anda dengan mengambil makanan bernutrisi seperti protein, vitamin dan mineral seperti vitamin E serta asid folik, kalsium, zat besi dan sebagainya..
* MENGAMBIL MAKAN SIHAT SEBELUM BERSENAM *
Mangambil makanan yang sihat seperti buah-buahan segar kira-kira satu jam sebelum berolahraga.Ini akan membuatkan anda tetap bertenaga ketika berolahraga.malah ia dengan sendirinya akan membantu membakar kalori yang berlebihan serta menurunkan berat badan.
* LEMAK YANG BERSAHABAT *
Mengambil makanan berlemak baik bagi mendapatkan kulit yang bersinar serta dapat membuatkan sistem kebal.Antar jenis lemak yang baik dan sihat dapat di peroleh dari makananseperti ikan, kacang avokado serta minyak zaitun.Lemak-lemak ini penting untuk kesihatan kulit serta serat yang boleh meningkatkan kekebalan serta mencegah peradangan.
* SAYUR DAN BUAH PEMBANTU TERBAIK *
Free radical yang menyebabkan kerosakkan sel serta lapisan dapat mengatasi masalah penyakit seperti kanser serta penyebab utama proses penuaan cepat berlaku.Antioksida termasuk vitamin A,C dan E yang terdapat di dalam buah-buahan serta sayuran dapat membantu mencegah kerosakkan sel tersebut.
GAGAL BEROLEH KERJAYA IDAMAN DAN TERPAKSA BERPUAS HATI DENGAN KERJAYA YANG ANDA PEROLEH SEKARANG? TIDAK RAMAI YANG BERNASIB BAIK MENDAPAT PEKERJAAN YANG DIIDAM-IDAMKAN ATAU SESUAI DENGAN IJAZAH YANG ANDA MILIKI. BELAJAR DALAM BIDANG LAIN TETAPI TERPAKSA BEKERJA DALAM BIDANG LAIN. YANG SAMA SEKALI LARI DARIPADA YANG ANDA IKUTI DI KAMPUS DAHULU.
UMPAMANYA ANDA PEMEGANG DALAM IJAZAH DALAM BIDANG PERAKAUNAN TETAPI DISEBABKAN TIADA REZEKI UNTUK MENJADI SEORANG AKAUNTAN, ANDA HANYA SEKADAR BERPUAS HATI DENGAN BERTUGAS SEBAGAI GURU EKONOMI. ANDA TIADA PILIHAN DAN TERPAKSA MENERIMA SEADANYA, ASALKAN TIDAK TERUS BERGELAR PENGGANGUR. NAMUN TIDAK BERMAKNA ANDA TIDAK BOLEH MELAKUKAN YANG TERBAIK. ANDA BELUM TERLEWAT SEBENARNYA. RAMAI ORANG JATUH CINTA PANDANG PERTAMA KEPADA KERJAYA YANG SELAMA INI TERLALU ASING KEPADANYA. AKHIRNYA MEREKA MUNCUL BERJAYA DALAM KERJAYA ITU. BAGAIMANA? MUNGKIN ANDA BOLEH CUBA BEBERAPA PANDUAN DI BAWAH INI:
RUANG PERIBADI YANG CERIA. Namun tidak dinafikan, tidak semua majikan dapat menyediakan suasanan pejabat yang benar-benar dapat menyuntik semangat kepada pekerja. Justeru, tidak salah kiranya anda sendiri menggambil inisiatif mewujudkan suasanan yang dapat mengubah mood anda semasa bekerja. Ceriakan ruang peribadi anda seperti menghias meja atau sudut anda bekerja dengan citarasa yang dapat membangkitkan semangat dan rasa ingin bekerja. Begitu juga cara dan warna pakaian serta cara membawa diri, turut menyumbang menceriakan anda.
SUASANA TEMPAT BERKERJA Suasana tempat bekerja banyak mempengaruhi mood atau semangat untuk bekerja. Terutama bagi anda yang menghabiskan masa berkerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang di pejabat, latar yang kondusif dan menarikakan memberi kesan yang baik kepada diri anda. Ruang pejabat yang semak,berserabut dan tidak bersistem hanya akan menyemakkan fikiran dan menjejaskan semangat untuk bekerja.
PERGAULAN YANG SIHAT Bercampur gaul dengan semua rakan di pejabat. Jadikan mereka rakan, tempat berbual dan saling bertukar pendapat, saling memberi dan menerima. Wujudkan pergaulan yang dapat memberikan anda semangat untuk bekerja, menerbitkan idea baru dan bantu membantu. Pasti ada di kalangan rakan sepejabat yang rajin, baik hat8i, sentiasa kelihatan bertenaga semasa berkerja dan tidak lokek membantu, justeru tidak salah jadikan rakan yang baik ini sebagai ‘mangkin’ yang dapat membantu melonjakkan semangat anda. Jadikan rakan sepejabat yang baik ini sebagai contoh atau idola supaya anda juga bersemangat seperti mereka.
JANGAN MUDAH TERPENGARUH
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”
Riwayat Abu Daud
Huraian :
2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ‘glamour’ dan sebagainya.
Dipetik Dari JAKIM