H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

23 November, 2007

KENALI FENG SHUI

Filed under: Tip — jmylia @ 9:20 am

71.gifFeng Shui Pintu Utama           

 Pintu masuk utama rumah anda adalah pintu utama tenaga chi positif masuk ke rumah anda. Jadi perbaiki dan hiaskan pintu masuk rumah anda. Pintu utama rumah anda biar nampak menarik dan mudah digunakan. Pokok-pokok sekitar pintu masuk utama biarkan kemas, teratur dan dijaga rapi. Buang daun-daun kering dan layu.  

Feng Shui Kawasan Gelap          

  Tenaga chi boleh bergerak lancer, terlalu cepat atau tidak bergerak. Kawasan gelap menyimpan tenaga negative dan tidak aktif. Cara paling mudah untuk menceriakan kawasan ini ialah dengan menambah lampu yang lebih terang. 

Feng Shui Bilik Tidur           

 Kedudukan katil didalam bilik tidur yang betul adalah sangat penting kerana anda menghabiskan masa di bilik tidur untuk berehat dan tidur. Bagaimana tenaga chi masuk dari pintu bilik tidur anda dan bergerak menghala katil tidur anda akan menentukan kesihatan anda dan keakraban anda dengan pasangan. Cara susunan katil yang paling baik ialah ketika anda boleh nampak siapa yang datang masuk ke bilik tidur anda. Kaki anda dan badan anda jangan menghadap terus pintu masuk. Pastikan kaki anda menghadap ke dinding. 

Feng Shui Bilik Mandi           

 Tenaga mengalir keluar melalui saluran paip di bilik mandi. Cara mengelakkannya ialah dengan memasang cermin di atas saluran paip itu. Pastikan anda juga menutup pintu bilik mandi dan pintu mangkuk tandas setiap masa supaya ia tidak menarik keluar tenaga dari rumah anda. Selain itu, elakkan diri dari meletakkan katil bersebelahan dinding bilik mandi kerana ia boleh menarik keluar tenaga anda ketika anda sedang tidur. Jika ada kebocoran paip, perbaiki paip bocor itu dengan segera. 

Feng Shui Lampu Dan Cermin

            Gunakan lampu untuk mencerahkan kawasan gelap dan membawa masuk tenaga chi positif. Pastikan tingkap anda bersih untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke rumah anda. Gantung lampu kristal di ruang makan untuk mengumpulkan tenaga di satu tempat. Cermin bulat atau lonjong berupaya menukar arah tenaga chi ke tempat zon bagua yang hilang atau dipotong kerana bentuk asal pelan rumah itu memang sebegitu. Ia memberi ilusi yang hilang itu. Jika sebaik sahaja anda membuka pintu, anda nampak dinding, maka digantungkan cermin di dinding itu untuk memperbaiki perjalanan tenaga chi. Cara menggantungkan cermin juga penting. Kedudukan cermin itu mestilah boleh nampak keseluruhan muka orang.

DAY

PETUA MENJAGA HATI ISTERI

Filed under: Tip — jmylia @ 9:05 am

LOVE U 

1.   TUNJUKKAN rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan.. 

2.  Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.. 

3.      Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri.Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa  isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukankesilapan. 

4.      Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah. 

5.      Jangalah memuji wanita lain di depan mahupun belakang isteri.

 6.      Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain. 

7.      Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri. 

8.      Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya. 

9.      Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung. 

 10.    Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukkan sesuatu agar isteri bertambah semangat dan  bermotivasi. 

11.    Bantulah isteri dalm melakukan kebaikan dan ibadah. 

12.    Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada ALLAH dan hormat pada

         suaminya.

LOVE

8 October, 2007

Fikir Dulu Sebelum Kawin

Filed under: Tip — jmylia @ 10:13 am

sweatheart 

SEBAIKNYA SEBELUM TERLANJUR BERKAHWIN SETIAP WANITA MENELITI PELBAGAI ASPEK DIRI LELAKI YANG DIPUTUSKAN UNTUK MENJADI TEMAN HIDUPNYA. BAIK DARIPADA SIFAT, TINGKAH LAKU DAN JUGA KEBIASAAN DIRINYA. ANDA TIDAK TAHU MUNGKIN ADA CIRI PADA LELAKI PILIHAN ANDA INI YANG SANGAT BERTENTANGAN DENGAN DIRIA ANDA. WALAUPUN HANYA PERKARA KECIL NAMUN MUNGKIN MEMBERI KESAN SESUDAH ANDA MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN. PERHATIKAN BEBERAPA KRITERIA BERIKUT PADA TEMAN LELAKI ANDA SBELUM ANDA MEMUTUSKAN UNTUK NAIK KE JINJING PELMAIN BERSAMANYA.

  Berfikir Semula jika……………………………..

1.SUKA BERMAIN MATABercinta dengan anda bukan bererti dia sudah terikat. Beri alas an untuk ke bilik air dan lihat tingkah lakunya ketika ketiadaan anda. Kalau dia berani bermain mata dengan wanita lain ketika sedang bersama dengan anda bayangkan saja bagaimana kalau dia di belakang anda. Tak mustahil anda akan makan hati setelah berumah tangga dengannya nanti.

2.SIBUK SENDIRIKetika anda bersama dengan dirinya, dia tidak menatap mata anda dengan pandangan mesra sebaliknya sibuk dengan perkara lain. Antaranya seperti berbalas SMS atau tak lepas dari menonton layer televisyen di kedai makan yang menayangkan siaran bola.Lelaki sebegini sebenarnya tidak pernah menggangap anda seorang yang istimewa di hatinya selain tidak tahu etika. Kalau berumah tangga kelak anda mungkin dianggap seperti patung.

3.MENGAMBIL KESEMPATANBaru-baru berkenalan saja dia sudah berani menyentuh bahagian-bahagian tubuh anda yang sensitive seperti peha dan pinggang. Atau anda sendiri dapat melihat dia asyik melirik pada bahagian dada anda, awas anda mungkin menjadi sasaran nafsunya.

4.KASARAnda boleh mengesan sikap ini seawal bercinta lagi. Lihat saja cara dirinya memandu, adakah dia memaki hamun pemandu lain? Atau adakah dia naik angin dan menghentak meja jika pesanan di restoran yang diterima tidak sama dengan apa yang dipinta?Jika anda sudah dapat melihat petanda ini segeralah mengakhiri hubungan dengan lelaki ini. Hanya neraka yang anda peroleh jika bersama dengan lelaki sedemikian. Kelak anda mungkin menjadi mangsa kekasarannya.

*HATI-HATILAH MEMILIH PASANGAN BAIK MEMILIH CALON SUAMI ,BIAR MENANGIS DAHULU JANGAN MENANGIS KEMUDIAN………….BIAR BURUK RUPA PARAS TAPI HATINYA MACHO………………………YE KE MACHOOOOOYE KE
lovelove
Dipetik dari majalah juga ni,tp lupa ler pula malajah ape…..adoiiiiiiadoiii
maaf ler yeeeeesowei

26 June, 2007

DILEMA : BUKAN KERJA IDAMAN.

Filed under: Tip — jmylia @ 4:33 pm

hati-hati hati

GAGAL BEROLEH KERJAYA IDAMAN DAN TERPAKSA BERPUAS HATI DENGAN KERJAYA YANG ANDA PEROLEH SEKARANG? TIDAK RAMAI YANG BERNASIB BAIK MENDAPAT PEKERJAAN YANG DIIDAM-IDAMKAN ATAU SESUAI DENGAN IJAZAH YANG ANDA MILIKI. BELAJAR DALAM BIDANG LAIN TETAPI TERPAKSA BEKERJA DALAM BIDANG LAIN. YANG SAMA SEKALI LARI DARIPADA YANG ANDA IKUTI DI KAMPUS DAHULU.  

UMPAMANYA ANDA PEMEGANG DALAM IJAZAH DALAM BIDANG PERAKAUNAN TETAPI DISEBABKAN TIADA REZEKI UNTUK MENJADI SEORANG AKAUNTAN, ANDA HANYA SEKADAR BERPUAS HATI DENGAN BERTUGAS SEBAGAI GURU EKONOMI. ANDA TIADA PILIHAN DAN TERPAKSA MENERIMA SEADANYA, ASALKAN TIDAK TERUS BERGELAR PENGGANGUR. NAMUN TIDAK BERMAKNA ANDA TIDAK BOLEH MELAKUKAN YANG TERBAIK. ANDA BELUM TERLEWAT SEBENARNYA. RAMAI ORANG JATUH CINTA PANDANG PERTAMA KEPADA KERJAYA YANG SELAMA INI TERLALU ASING KEPADANYA. AKHIRNYA MEREKA MUNCUL BERJAYA DALAM KERJAYA ITU. BAGAIMANA? MUNGKIN ANDA BOLEH CUBA BEBERAPA PANDUAN DI BAWAH INI:

 RUANG PERIBADI YANG CERIA.         Namun tidak dinafikan, tidak semua majikan dapat menyediakan suasanan pejabat yang benar-benar dapat menyuntik semangat kepada pekerja. Justeru, tidak salah kiranya anda sendiri menggambil inisiatif mewujudkan suasanan yang dapat mengubah mood anda semasa bekerja. Ceriakan ruang peribadi anda seperti menghias meja atau sudut anda bekerja dengan citarasa yang dapat membangkitkan semangat dan rasa ingin bekerja. Begitu juga cara dan warna pakaian serta cara membawa diri, turut menyumbang menceriakan anda. 

SUASANA TEMPAT BERKERJA         Suasana tempat bekerja banyak mempengaruhi mood atau semangat untuk bekerja. Terutama bagi anda yang menghabiskan masa berkerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang di pejabat, latar yang kondusif dan menarikakan memberi kesan yang baik kepada diri anda. Ruang pejabat yang semak,berserabut dan tidak bersistem hanya akan menyemakkan fikiran dan menjejaskan semangat untuk bekerja. 

PERGAULAN YANG SIHAT         Bercampur gaul dengan semua rakan di pejabat. Jadikan mereka rakan, tempat berbual dan saling bertukar pendapat, saling memberi dan menerima. Wujudkan pergaulan yang dapat memberikan anda semangat untuk bekerja, menerbitkan idea baru dan bantu membantu. Pasti ada di kalangan rakan sepejabat yang rajin, baik hat8i, sentiasa kelihatan bertenaga semasa berkerja dan tidak lokek membantu, justeru tidak salah jadikan rakan yang baik ini sebagai ‘mangkin’ yang dapat membantu melonjakkan semangat anda. Jadikan rakan sepejabat yang baik ini sebagai contoh atau idola supaya anda juga bersemangat seperti mereka. 

JANGAN MUDAH TERPENGARUH

 

Jalan Naik Pangkat

Filed under: Tip — jmylia @ 4:27 pm

happySERLAHKAN DIRI ANDA

Penampilan yang menarik adalah langkah pertama untuk menonjolkan diri anda sebagai wanita berkerjaya. Lengkapkan diri anda sebaik mungkin agar pesonaliti anda lebih berkeyakinan dan mempu berdaya saing. 

Bersuara apabila menghadiri mesyuarat, pastikan anda ‘bersuara’ iaitu turut serta di dalam perbincangan yang dibentangkan bukan sekadar duduk mendengar sahaja. Buat kerja rumah supaya anda dapat mengumpulkan segala fakta yang diperlukan.

 Sekiranya anda dikehendaki membentangkan kertas kerja., berlatihlah terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang perlu diucapkan kelak dan cekap menjawab segala pertanyaan yang dilontarkan.

Disiplin amat penting, tiba mesti tepat pada waktunya, jangan lambat walupun seminit. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat tiba awal 15 minit sebelum mesyuarat bermula.          

 Jangan sekali-kali memberi idea untuk orang membuat tanggapan dengan penggunaan ayat yang kurang menyakinkan seperti:          ** “Saya tidak pasti sama ada ia boleh berjaya atau tidak tetapi…..”  ** “ Berkemungkinan ia tidak benar tetapi….”         

 Mesti ada keyakinan apabila bersuara. Ayat mesti “power” supaya dapat mempengaruhi pemikiran mereka yang hadir di mesyuarat berkenaan.         

Di akhir perbincangan ambil kesempatan untuk merumuskan kesimpulan mesyuarat tersebut dan suarakan pendapat anda. Jika anda tidak berpeluang melakukannya, e-melkan kepada bos anda. Tunjukkan kepada beliau inisiatif dan komitmen anda walaupun mesyuarat telah pun berakhir. 

Pastikan anda dikenali. Berinteraksi dengan orang di sekeliling anda tanpa mengira umur atau pangkat. Jangan hadkan pergaulan anda berdasarkan kepada sesuatu perkara atau projek yang dipertanggungjawabkan kepada anda untuk menerajuinya. Seorang pengurus pemasaran di sebuah syarikat perumahan menceritakan, “saya perhatikan ada seorang pekerja wanita di bahagian pemasaran selalu menyapa rakan sekerja dan pengurus di situ walau sesibuk mana pun.

Dia patutu diberikan ganjaran. Mengapa tidak? Dia mempunyai ramai pengikut yang sentiasa menyokongnya dan bersedia berada di belakangnya walaupun di dalam waktu yang terdesak dan melibatkan kerja-kerja yang urgent”. 

Dipeti dari Majalah EH! Mei ‘06

bear

12 June, 2007

ADAKAH ANDA SUKAR MEMILIH CALON

Filed under: Tip — jmylia @ 4:56 pm

ADA BEBERAPA PERKARA YANG PERLU ANDA PERHATIKAN AGAR ANDA DAPAT MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT. ANDA HARUS EKSTRA HATI-HATI. KALAU TIDAK, BOLEH JADI APA YANG DIHARAPKAN TIDAK MENJADI DAN AKHIRNYA ANDA AKAN GIGIT JARI……..

  Anda perlukan sebuah buku catatan. Tujuannya untuk emncatat setiap pertemuan anda dengan pasangan. Jangan hanya percaya pada ingatan semata-mata. Agar semuanya boleh diteliti dan dikaji, catatkan semua rencana dan janji ketika mengandakan pertemuan dengan si A, B atau C dan yang lain-lain 

Tepati janji. Jika anda membuat temu janji untuk keluar makan malam bersama si A, maka janji itu harus ditepati. Sekiranya anda mahu membatalkan temu janji tersebut, lakukan awal-awal bukan di saat-saat akhir dan berikan alas an yang jelas. Jika kemudian si B mengajak anda menonton wayang pada waktu yang sama, sebaiknya ditolak secara halus dengan alasan jelas. Anda harus berlaku adil di sini.

 Mengasingkan masalah. Sekiranya anda sedang mempunyai masalah dengan si A, jangan sampai terbawa-bawa ketika anda bertemu dengan si B. anda harus dapat mengasingkan masalah, jika anda mencampuradukkan tidak mustahil akan menambah masalah.

 Bersikap santun. Menjaga sikap baik sangat penting. Kalau anda ingin diperlakukan dengan santun, anda juga harus bersikap demukian. Perkara ini berlaku pada siapa saja, bila dan dimana pun. Bersikap santun juga dapat menunjang hubungan berkekalan dan bermanfaat sekiranya anda mahu mengakhiri hubungan. 

Jangan terburu-buru. Jika memang tujuan anda mempunyai ramai teman istimewa adalah untuk mencari calon yang sesuai untuk anda, maka ada baiknya di setiap acara temu janji, anda gunakan peluang itu untuk mengenali pasangan masing-masing. Jangan cepat melibatkan emosi dan hubungan fizikal, kecuali anda benar-benar bersedia menanggung risikonya. 

Anda harus menjaga penampilan. Penampilan boleh menutupi masalah, maka jangan ambil mudah perkara ini. Usahakan agar anda selalu terlihat fit di depan si A, B mahupun si C. Jangan sekali-kali mengeluh penat, kerana boleh mengundang berbagai pertanyaan. Tentu saja jika banyak temu janji, banyak pula risikonya. 

Jangan mengoceh. Selagi hubungan anda tidak melibatkan hubungan fizikal serta emosi, sebaiknya tidak perlu memberitahu si dia bahawa anda sedang mencari pasangan hidup. Jangan pula mudah menanam janji, kerana ada kemungkinan anda akan temui         

Pertama, boleh jadi salah seorang teman istimewa anda menggangap serius hubungan ini, hinggakan dia merasa yang paling sesuai dan diingini anda. Jika begitu, biasanya dia minta hubungan yang lebih serius.         

  Kedua, boleh jadi anda ditinggalkan kerana ternyata dia juga memiliki tujuan yang sama dengan anda.   

Dipetik dari Majalah Wanita April ‘06

7 TIPS MENJADI ORANG YANG PENTING.

Filed under: Tip — jmylia @ 4:27 pm

Tonjolkan karisma dan kredibiliti kamu dalam apa jua urusan.

Sentiasa positif, aktif dan bersikap professional

 Amalkan sikap merendah diri tetapi ‘tinggi’ keyakinan dan daya usaha.

 Cuba jadi individu yang disenangi

 Bersikap prihatin dan sedia membantu semampunya

Tingkatkan kepercayaan individu lain terhadap anda.

 Memiliki personaliti yang disenangi.

 Petikan dari Majalah EH! Mei ‘06

11 June, 2007

Mencari Ketenangan Diri

Filed under: Tip — jmylia @ 3:29 pm

 

Kecantikan mampu anda miliki secara pakej hasil dari ketenagan diri yang mampu anda raih. Jika hidup disesakkan dengan tekanan dan masalah, segalanya akan pudar dan hilang sekelip mata. Anda bakal menghampiri proses penuaan awal jika diri dibelenggu oleh tekanan. Usahakan untuk mencari ketengan diri.

  Lakukan 3 perkara ini

Pertama

       Dapatkan tidur yang cukup. Mulakan proses ini dengan minum segelas susu, membaca novel ringan atau mendengar alunan muzik yang lembut.

 Kedua

       Hiasi ruang kehidupan anda dengan wangian. Haruman minyak wangi, aromaterapi malah bau kulit bayi juga mampu membangkitkan ketenangan dan membawa kesan yang mendalam.

Ketiga

       Bermeditasi tanpa gangguan. Ambil masa sekurang-kurannya 20 minit untuk muhasabah dii. Anda akan merasa lebih tenang dan lebih bersemangat.

Dipetik dari Majalah Rapi 

8 June, 2007

Bagaimana mengurus cuti dan gaji

Filed under: Tip — jmylia @ 11:51 am

 

Cuti dan gaji adalah antara perkara utama dalam karier anda. Pernahkah anda merancang bagaimana untuk menguruskannya? Adakah anda selalu menghadapi masalah pendapatan yang tidak cukup? Duit tak tahu habis ke mana? Adakah anda mempunyai perancangan kewangan jangka panjang?

Dalam aspek cuti pula, bagaimana cuti anda sebelum ini? Adakah ia dilakukan dengan sebaiknya? Ataupun, adakah anda selalu penat dan tidak ada masa untuk berehat? Kali ini, tip wanita kerjaya akan memberikan beberapa petua ringkas bagaimana untuk menguruskan cuti dan gaji anda.

 


Ramai orang memandang remeh perkara ini. Akhirnya mereka tidak berapa pasti bentuk bayaran yang diterima. Telitilah gaji kasar, kadar bayaran, potongan-potongan (seperti caruman KWSP, insurans, ansuran pinjaman, belian ansurans dan lain-lain) pastikan tiada kesilapan dalam pengiraan walaupun satu sen. Bayangkan anda hilang lima ringgit sebulan, dalam masa tiga puluh tahun, anda sudah hilang kira-kira RM: 1800.00. Banyakkan? Ingat, gaji anda adalah duit anda, anda berhak untuk mengetahui apa yang berlaku padanya.

Berterima kasih pada majikan, dan bersyukur pada Tuhan. Mudah bukan? Fahami Prinsip Syukur, semakin nada bersyukur kepada Tuhan, semakin banyak Tuhan memberikan kepada anda.


 

Thanks Comments

7 June, 2007

10 cara menguruskan untuk cermerlang

Filed under: Tip — jmylia @ 3:52 am

Tetapkan Standard Yang Tinggi

            Pilih pasukan yang benar-benar berkeupayaan dan yang berkaliber. Latihlah mereka dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Anda tidak boleh berkonpromi dalam bidang latihan dan pendidikan. Pastikan setiap orang mempunyai pembahagian tugasan yang jelas dan cukup. Ramai orang lemah semangat bukan kerana terlalu banyak kerja tetapi kerana tidak ada kerja. Jangan selalu biarkan mereka berasa selesa dan malas; sentiasalah berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi anda.  

Berikan Arahan Yang Jelas       

     Arahan kepada diri sendiri dan rakan-rakan di sekeliling. Mesti pastikan apa yang hendak dicapai termasuk sasaran, jangka masa dan standard yang diperlukan. Tetapkan priority dan buat yang lebih utama dahulu. Jangan cuba hendak buat banyak pekara dalam satu masa. 

Membuat Keputusan Yang Bijak Setiap Masa.         

   Setiap masa anda akan perlu membuat keputusan. Belajarlah bagaimana untuk mengendalikan otak agar ia dapat melahirkan keputusan dan idea yang bijak. Jangan tergopoh-gapah. Bertenang, tarik nafas dan gunakan otak anda. Walaupun bunyinya ringkas sahaja tetapi beberapa ramai orang yang tidak tahu melakunya. Cubalah! 

Kekalkan Penguasaan Dan Kawalan           

Pastikan anda tahu apa yang berlaku di sekeliling. Sentiasa mengemas kini meklumat berkaitan dengan perkara-perkara yang penting. Tetapkan sistem pelaporan yang ringkas tetapi menyeluruh. Anda boleh membuat mesyuarat atau mengarahkan orang lain menghantar laporan kepada anda. Yang penting, janagan biarkan diri anda termangu-mangu. 

Beritahu Mereka Apa Yang Anda Lakukan.           

Jika anda seorang ketua, anda menjadi tumpuan dan focus orang lain. Mereka rasa seolah-olah anda adalah ‘milik’ mereka. Berkongsilah dengan mereka apa yang anda sedang lakukan dan nyatakan pula alas an anda bertindak sedemikian. Dengan itu, mereka akan lebih berpuas hati memiliki seorang ketua seperti anda

Hadapi Permasaalahan, Bukan Lari..           

Ada orang yang tidak mahu berhadapan dengan krisis dan konflik. Mereka terus menjadi pelarianan dan hidup dalam ketakutan. Anda perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam bekerja. Berterus terang dengan pekerja dan ketua anda jika berlaku krisis dan carilah jalan penyelesaian sebelum ia menjadi lebih meruncing. 

Iktiraf Pencapaian          

  Setiap kali orang lain menyelesaikan tugasan mereka, berilah pandangan susulan mereka, berilah pandangan susulan anda. Kenal pasti hasil-hasil yang baik dan berikanlah pujian dengan penuh keikhlasan. Sebut dengan jelas perkara yang anda berpuas hati. Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih atas usaha dan kesungguhan mereka. Apa yang penting anda tidak berpura-pura dan jangan pula terlebih melampau dalam membuat penilaian.    

 Memberi Dorongan Dan Motivasi        

    Sebelum orang lain perlu motivasi, andalah orang yang pertama memerlukannya. Binalah karisma dan keyakinan diri supaya anda dapat menjadi pendorong orang lain dalam mencapai matlamat bersama. Walaupun motivasi ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ‘kuasanya’ sangat besar dan berguna untuk kejayaan. 

Disiplin Dan Dedikasi      

      Tiada apa-apa yang lebih penting jika ingin berjaya melainkan dua perkara ini. Tingkatkan kedua-duanya dalam diri anda dan rakan-rakan sekeliling. Jika ia mudah, sudah pasti anda semua orang yang boleh berjaya. 

Sediakan Perancangan Alternatif     

       Hari tidak selalu cerah, air tidak selalu tenang. Sering kali boleh menggagalkan rancangan anda. Oleh itu, kenal pasti satu tahap bila rancangan anda akan dianggap sebagai ‘gagal’ dan beralih kepada perancangan alternative. Jangan biarkan anda dan orang lain terus ‘mengayuh basikal tidak berantai’ dan menghabiskan komitmen secara sia-sia.         Dipetik dari Majalah Wanita Mei 06’

Older Posts »

Blog at WordPress.com.