1. TUNJUKKAN rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan..
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah..
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri.Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukankesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.
5. Jangalah memuji wanita lain di depan mahupun belakang isteri.
6. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukkan sesuatu agar isteri bertambah semangat dan bermotivasi.
11. Bantulah isteri dalm melakukan kebaikan dan ibadah.
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada ALLAH dan hormat pada
suaminya.

















