H㣪mªñ Jmý£íã H㣪mªñ Ûñtùk §émüå

23 November, 2007

KENALI FENG SHUI

Filed under: Tip — jmylia @ 9:20 am

71.gifFeng Shui Pintu Utama           

 Pintu masuk utama rumah anda adalah pintu utama tenaga chi positif masuk ke rumah anda. Jadi perbaiki dan hiaskan pintu masuk rumah anda. Pintu utama rumah anda biar nampak menarik dan mudah digunakan. Pokok-pokok sekitar pintu masuk utama biarkan kemas, teratur dan dijaga rapi. Buang daun-daun kering dan layu.  

Feng Shui Kawasan Gelap          

  Tenaga chi boleh bergerak lancer, terlalu cepat atau tidak bergerak. Kawasan gelap menyimpan tenaga negative dan tidak aktif. Cara paling mudah untuk menceriakan kawasan ini ialah dengan menambah lampu yang lebih terang. 

Feng Shui Bilik Tidur           

 Kedudukan katil didalam bilik tidur yang betul adalah sangat penting kerana anda menghabiskan masa di bilik tidur untuk berehat dan tidur. Bagaimana tenaga chi masuk dari pintu bilik tidur anda dan bergerak menghala katil tidur anda akan menentukan kesihatan anda dan keakraban anda dengan pasangan. Cara susunan katil yang paling baik ialah ketika anda boleh nampak siapa yang datang masuk ke bilik tidur anda. Kaki anda dan badan anda jangan menghadap terus pintu masuk. Pastikan kaki anda menghadap ke dinding. 

Feng Shui Bilik Mandi           

 Tenaga mengalir keluar melalui saluran paip di bilik mandi. Cara mengelakkannya ialah dengan memasang cermin di atas saluran paip itu. Pastikan anda juga menutup pintu bilik mandi dan pintu mangkuk tandas setiap masa supaya ia tidak menarik keluar tenaga dari rumah anda. Selain itu, elakkan diri dari meletakkan katil bersebelahan dinding bilik mandi kerana ia boleh menarik keluar tenaga anda ketika anda sedang tidur. Jika ada kebocoran paip, perbaiki paip bocor itu dengan segera. 

Feng Shui Lampu Dan Cermin

            Gunakan lampu untuk mencerahkan kawasan gelap dan membawa masuk tenaga chi positif. Pastikan tingkap anda bersih untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke rumah anda. Gantung lampu kristal di ruang makan untuk mengumpulkan tenaga di satu tempat. Cermin bulat atau lonjong berupaya menukar arah tenaga chi ke tempat zon bagua yang hilang atau dipotong kerana bentuk asal pelan rumah itu memang sebegitu. Ia memberi ilusi yang hilang itu. Jika sebaik sahaja anda membuka pintu, anda nampak dinding, maka digantungkan cermin di dinding itu untuk memperbaiki perjalanan tenaga chi. Cara menggantungkan cermin juga penting. Kedudukan cermin itu mestilah boleh nampak keseluruhan muka orang.

DAY

PETUA MENJAGA HATI ISTERI

Filed under: Tip — jmylia @ 9:05 am

LOVE U 

1.   TUNJUKKAN rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan.. 

2.  Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.. 

3.      Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri.Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa  isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukankesilapan. 

4.      Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah. 

5.      Jangalah memuji wanita lain di depan mahupun belakang isteri.

 6.      Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain. 

7.      Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri. 

8.      Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya. 

9.      Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung. 

 10.    Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukkan sesuatu agar isteri bertambah semangat dan  bermotivasi. 

11.    Bantulah isteri dalm melakukan kebaikan dan ibadah. 

12.    Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada ALLAH dan hormat pada

         suaminya.

LOVE

Blog at WordPress.com.